Sunday, December 19, 2010

;; warkah cinta buat tatapan generasi perjuangan ::

Bismillahirrahmanirrahim...

Telah genap tiga minggu diri ini menjadi mantan..rasa sunyi hidup bila tidak disibukkan dengan gerak kerja Islam..tahniah dan takziah buat pimpinan baru.saat ini baru diri ini berpeluang untuk meluahkan isi hati kepada anak-anak usrah yang menjadi pimpinan..


warkah cinta buat tatapan kesayanganku~

Saat antunna membaca coretan ini,antunna dah pun berada di atas,menerima taklifat sebagai seorang pemimpin..menggantikan tempat along.alhamdulillah.along lepaskan amanah pada orang yang along yakini.tahniah dan takziah.sesungguhnya amanah Allah itu sangat berat..

Semua orang tidak meminta untuk menjadi pemimpin..tidak ada orang yang ingin berada di atas..tetapi yakinlah kesayanganku,,dirimu adalah pilihan Allah.Allah ingin mengangkat darjatmu ke tingkatan yang lebih mulia di sisiNya, iaitu darjat TAQWA..alhamdulillah.

Tetapi, darjat itu tidaklah dapat kita capai dengan semudah-mudahnya..sepanjang perjalanan kita menuju TAQWA itu, kita akan melalui jalan-jalan yang penuh dengan duri-duri yang tajam,besi-besi yang merah menyala kerana panas.dan kita terpaksa memijak,mengharunginya..bukan mudah.itulah bayangan menuju TAQWA..memegang jawatan sebagai pimpinan ini adalah wasilah menuju TAQWA.jadi,jangan rasa diri tidak layak,tidak mampu,hakikatnya Allah ingin mentarbiyah kita.terimalah tarbiyah ‘direct’ daripada Allah ini dengan hati terbuka..ikhlas semata-mata keranaNya..

Orang takut untuk menerima taklifat..kerana jika kita tidak dapat melaksanakan taklifat dengan sempurna, kita akan ditanya dihadapan Allah kelak.tetapi, seandainya kita tidak memikul amanah ini, pada siapa yang nak kita harapkan?ingatlah kesayanganku, sekiranya kita melaksanakan taklifat ini sehabis daya, sehabis tenaga kita kerana Allah, kita akan mendapat tempat mulia disisiNya..

Kita adalah mata-mata rantai perjuangan Islam yang kita cintai.penyambung risalah perjuangan kekasih Allah yang agung, juga qudwah yang sangat kita cintai, iaitu Rasulullah s.a.w..andai dirimu lemah, kita ada tempat untuk mengadu..kita ada qudwah agung yang boleh kita teladani..di situlah kekuatan kita..kekuatan kita ada pada Allah dan menghayati sirah perjuangan Baginda.kita akan kuat semula..insya Allah.ingat pesan along.

Saat along menulis warkah cinta ini,along menangis..along bangga dengan anak-anak usrah along..antunna adalah pilihan Allah..dan antunna juga tidak akan lepas dari ujian..jalan sama yang telah along lalui..antunna orang hebat Islam..teruskan perjuangan,wahai SRIKANDI AGAMA..dan cetaklah manusia di sekeliling antunna untuk menjadi orang hebat Islam seperti antunna..insya Allah, Islam akan gah di bumi Darul Quran ini.

Matlamat kita satu,ingin melihat Islam itu agung, ingin melihat Islam itu gah..bagaimana kita nak melihat keagungan Islam itu?jawapannya ada dalam diri masing-masing.

Akhir kalam, selamat menempuh kehidupan baru sebagai seorang pemimpin.salam sayang, salam jihad!

Pesanan terakhir,
:: MULIA KITA KERANA ISLAM ::

TAKBIR!!

Mantan Timbalan Bendahari Agong 09/10
Nor Hidayah bt hj Mustapa


~dedikasi buat :
-umi safinah bt mohamed sujari (timbalan bendahari agong PERKEMAT)
-nur syuhada bt subri (timbalan laridasi)
-nur syafiaah bt thoifur (timbalan tadbir)

No comments:

Post a Comment